Monday 9 March 2020

Terus Maju !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Menarik tetapi agak mencabar.

Yaa, aku kena terus kuat walau sendiri.

Ia mengajar erti berdikari, lebih percaya diri sendiri, lebih terus berusaha, lebih mengharap segala kepada yang Ya Rabb.


ALHAMDULILLAH

Sunday 1 March 2020

Bukan yang pertama

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

"Biar jadi kedua, daripada pertama"

"Sebab apa?"

"Sebab bila pertama tu jatuh, rasanya lebih perit berbanding dengan kejatuhan kedua"

"Sebab kedua sememangnya dah berada di bawah pertama"



ALHAMDULILLAH

Tuesday 25 February 2020

Passion = Anugerah


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Pada mulanya, diri rasa sangat terbeban untuk memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. Tetapi kata-kata itu kembali membuka mindaku.


"Anugerah tu datang dengan sendiri tanpa awak jangka"

Kata-kata tepat menusuk ke dalam hati. Ya, hanya orang yang betul-betul passion atau ghairah dalam 
sesuatu perkara dapat mencapai piawaian tersebut. Mereka bukan melakukan sesuatu perkara semata-mata untuk mendapatkan ganjaran tetapi mereka lalukan untuk mengembirakan diri mereka dengan menyertai perbagai acara mahupun program untuk memantapkan sahsiah diri. 

Tuesday 11 February 2020

Permulaan yang sebenarnya

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah. Selesai sudah sebuah karya  yang asalnya dibuat bagi memenuhi kehendak kursus. Lama-kelamaan hati mula terjentik dengan rasa ngairah untuk terus menulis. Pencapaian yang diperoleh juga sangat memberangsangkan oleh pensyarahku.Sekali lagi aku bersyukur. Terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh semua pihak.

Monday 23 December 2019

Kepada Diari.

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Kepada Diari...

Diarilah tempat untuk meluahkan segala yang terbuku selain daripada Allah dan manusia. Kadang-kadang, luahan ini bukanlah untuk mendapatkan perhatian semata-mata. Cukup sekadar luahan itu diluahkan sudah memadai dan dapat meringankan sedikit rasa resah . 

Iman Tipis

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


"Biar sakit ini ditahan sampai mata tertutup sekalipun."

Bunuh diri sahaja dianggap iman individu itu sangat tipis. Siapa kita mahu menghukum seseorang dengan hanya mengetahui apa yang dilakukan tanpa mengenal latar belakang individu tersebut.

Tidak diduga

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


"Dia datang tanpa diduga."
  
Sama ada :

- Kelibat
- Musuh
- Jodoh
- Ajal
- Idea
- Rezeki

Bersedialah, walau apa pun yang datang dalam hidupmu.