Monday 23 December 2019

Kepada Diari.

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Kepada Diari...

Diarilah tempat untuk meluahkan segala yang terbuku selain daripada Allah dan manusia. Kadang-kadang, luahan ini bukanlah untuk mendapatkan perhatian semata-mata. Cukup sekadar luahan itu diluahkan sudah memadai dan dapat meringankan sedikit rasa resah . 

Iman Tipis

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


"Biar sakit ini ditahan sampai mata tertutup sekalipun."

Bunuh diri sahaja dianggap iman individu itu sangat tipis. Siapa kita mahu menghukum seseorang dengan hanya mengetahui apa yang dilakukan tanpa mengenal latar belakang individu tersebut.

Tidak diduga

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


"Dia datang tanpa diduga."
  
Sama ada :

- Kelibat
- Musuh
- Jodoh
- Ajal
- Idea
- Rezeki

Bersedialah, walau apa pun yang datang dalam hidupmu.

Sentiasa ada

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Dia pasti akan wujud bila aku kesunyian. Dia wujud saat aku sendiri. Dia juga mesti wujud saat suatu tragedi hitam berlaku. Tidak dapat dinafikan dia merupakan toksik dalam hidupku. Namun, seteruk-teruk dia, hanya dia yang ada saat aku perlukan seseorang. Hanya dia yang setia saat semua pergi meninggalkan aku.

Orang yang dianggap gila


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

“ Kau sedar tak apa yang kau dah buat ? Kau sudah gila ke? ”


Dia cakap aku gila? Aku yang gila ataupun dia ? Orang gila mana sahaja yang mengakui dirinya gila. Mereka dianggap gila hanya kerana orang sekeliling menganggap dia berkelakuan pelik. Pernah tak kita cuba untuk mendalami jiwa orang yang dianggap gila itu? Fikir-fikirkan la.

Mana dan Siapa

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Lelaki itu terus menyalahkan aku dengan segala yang telah berlaku. Tubuh seorang perempuan telah pun terbaring dengan darah mengalir di tubuhnya. Mana datangnya lelaki itu? Siapa pula perempuan yang terbaring yang mempunyai wajah yang seiras denganku itu?

Martabat Ilmu


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Aku gagal untuk mengaplikasi ilmu yang telah peroleh pada kehidupan realiti. Aku yang sepatutnya lebih peka namun telah gagal untuk membantu darah dagingku sendiri. Sedih rasanya ilmu yang sepatutnya dapat membantu hanya dimuntahkan semata-mata dalam kertas peperiksaan. Mana perginya martabat ilmu yang berada di tempat yang tinggi asalnya? 

Sunday 22 December 2019

Hilang

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ



Sudah meninggal dunia ? Tetapi mana jasadnya ? Pelbagai spekulasi telah dilontarkan seperti dimakan haiwan buas ataupun terjatuh ke dalam gaung. Senang, kes ditutup. Tidakkah mereka fikir tentang apa yang aku rasa ?  Aku juga mahukan kebenaran di sebalik semua yang telah terjadi !

Sekadar bayang?


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Kelihatan cahaya samar-samar daripada pintu tersebut. Kabur, tidak dapat aku lihat siapa yang meluru kearahku. Dapat aku rasakan seseorang menggoncangkan tubuh ini sebelum penglihatanku mula gelap. Tapi siapa dia? Kenapa jasad ini tidak bermaya lagi?

Wakatipu?

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ




 “Dan Kami jadikan bumi gunung-gunung yang kukuh supaya bumi ini (tidak) bersama mereka…” (Surah Al-Anbiya 21:31)

Thursday 19 December 2019

Hitam Manis


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ




Dia mengajakku untuk terus bersamanya. Lelaki berkulit hitam manis dan kaca mata. Tersenyum manis melihatku. Namun, adakah dia benar-benar memaksudkannya? Mungkinkah dia hanya mempermainkan aku? Apakah risiko yang akan aku tanggung jika aku mengikutinya? 

Tulisan MERAH !

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dia menyelak satu demi satu muka surat. Matanya tertumpu pada satu luahan yang agak aneh. Mengapa tulisannya berwarna merah? Persoalan seterusnya, apakah kandungan disebalik tulisan merah tersebut? Patutkan dia membacanya ?

Hebat ciptaan-Nya

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ



    


"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara bahagian-bahagiannya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka, kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya ... " (Surah An Nuur 24:43)

Friday 29 November 2019

hidup ini bagai mimpi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 


Bagaimana untuk menentukan mimpi ataupun kenyataan dan bezakan rasa dan suasanan dalam rangka yang sebenarnya. Aku tak pasti kejadian yang aku alami adalah sekadar mainan tidur ataupun benar. 

tetap rahsia


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ



Terpaksa melawan dengan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu adakah masih ada peluang untuk aku kembali seperti dahulu. Aku rahsiakan perkara ini daripadanya kerana tidak mahu dia bimbang. Aku rela terus memendamnya sendirian sehingga aku menutup mata sekalipun .

TURUN TEMURUN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Aku tak pasti adalah benda ini juga akan menjadi turun temurun.  Sedikit demi sedikit aku mula mengikuti jejaknya. Aku melakukannya dalam keadaan separa sedar. Adakah dia juga melalukannya dahulu tanpa sedar?

Wednesday 23 October 2019

Ulasan Tips Menulis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


'The 22 Best Writing Tips Ever' yang dituliskan oleh Melissa Donovan telah memberikan tips yang berguna untuk aplikasikan sepanjang perjalanan  dalam menghasilkan sebuah cerpen. Ternyata untuk menghasilkan sebuah cerpen bukanlah perkara yang mudah namun dengan adanya tips-tips yang berguna,proses penulisan mampu dilakkukan dengan lebih mudah.

      Antara tips yang dikongsikan ialah kita mestilah membaca sebanyak yang mungkin kerana dengan membaca, kita dapat menjana lebih banyak idea dan dapat memperlajari kosa ilmu yang baharu. Selain itu, kita mesti menyediakan satu nota kecil untuk mencatat sebarang idea yang mungkin muncul pada bila-bila masa. Nota kecil ini sangat berguna untuk melakarkan setiap pemerhatian yang kita lakukan dalam melakukan aktiviti seharian. Artikel itu juga menyatakan bahawa kita harus menjadi pemerhati kerana daripada situ , kita mampu untuk mendapatkan inspirasi untuk menulis. Kamus juga sangat penting agar kita dapat menulis dengan menggunakan kosa kata yang lebih hebat.Selain itu, kamus sinonim boleh digunakan untuk menulis perkataa-perkataan  yang lebih menarik berbanding perkataan-perkatan yang biasa digunakan.

       Artikel ini bagus kerana telah memberikan tip-tip dan maklumat yang sangat berguna untuk melahirkan seorang penulis. Selain itu, saya juga berharap agar artikel - artikel seperti ini dapat dibanyakkan agar penulis baharu dapat menimba pengalaman daripadanya artikel-artikel yang dihasilkan seperti artikel ini. 

Monday 14 October 2019

Demi dia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Segala jiwa dan raga telah aku serahkan sepenuhnya. Apa lagi yang tidak cukup . Aku sanggup melakukan apa-apa sahaja demi meraih kasih daripadanya. Yaa, apa-apa sahaja . Hatta berkorban jiwa sekalipun.

Wednesday 2 October 2019

Demi Masa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Demi masa,
Aku cuba menghalang semua itu,
Hanya kerana kasih dan sayang,
Biar percintaan ini terus bersatu,
Berikan aku waktu membuktikan.

Lagu ini seperti kena dengan hidup aku. Adakah aku mampu untuk membuktikan segalanya?  Setinggi mana kasih yang mampu aku berikan? Aku tak pasti.

Wednesday 18 September 2019

Golongan Minoriti

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Menjalani kehidupan dalam golongan minoriti bukanlah sesuatu yang mudah namun ia menjadikan diri ini lebih kuat dan tabah.  Hidup tidak lagi bergantung kepada manusia malah lebih cenderung untuk bergantung sepenuhnya kepada Maha Pencipta. Sudah pasti, ada hikmah di sebalik kesengsaraan mengapa aku menjejakkan kaki di bumi yang asing ini.

Tuesday 17 September 2019

Salam Pengenalan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ




Terciptanya blog ini adalah untuk melakarkan takdir sebahagian hidup ini. Keghairahan untuk mengkaji dengan lebih dalam tentang apa sebenarnya realiti kehidupan. Besar harapan agar blog ini mampu menjadi titik permulaan agar diri ini terus berjuang hingga ke noktah terakhir. Yaa,sehingga segala-galanya terjawab pasti.